Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

15 orang, termasuk seorang bayi, dikejar ke hospital kerana kelecuran dan keracunan asap ekoran kebakaran di kapal layar di Sentosa Cove

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

15 orang, termasuk seorang bayi, dikejar ke hospital kerana kelecuran dan keracunan asap ekoran kebakaran di kapal layar di Sentosa Cove

Mar 22, 2018 | 11:18 PM

Lima belas orang, termasuk seorang bayi, telah dikejarkan ke hospital selepas sebuah kapal layar terbakar di Sentosa Cove pada petang Khamis (22 Mac).

Foto dan video kejadian di Kelab One Degree 15 Marina  itu,  yang diamil saksi, menunjukkan kapal layar yang dijilat api ketika berlabuh di kelab itu. 

Seorang saksi, Encik Shazan Ifham, melihat asap hitam sekitar 4.30 petang,  semasa bekerja di kapal layar berdekatan.

"Pada mulanya, saya melihat asap putih dan tidak menjangka sebarang perkara serius berlaku. Namun selang dua minit, saya melihat asap hitam dan menyedari kebakaran telah berlaku dan saya mengorak langkah untuk menghulur bantuan," kata bekas anggota bomba, 27 tahun, yang kini bekerja sebagai ketua kapten dengan sebuah syarikat kapal layar. 

Lantaran itu, Encik Shazan menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk melaporkan kejadian itu.

Ketika dihubungi akhbar The Straits Times (ST), jurucakap SCDF berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran yang melibatkan sebuah kapal layar yang berlabuh di dok yang digunakan untuk mengisi minyak dan mengerahkan sebuah pasukan SCDF ke sana.

Namun sementara itu, pasukan kecemasan yang berpangkalan di Sentosa, tiba di tempat kejadian selang lima minit dan cuba mengawal api menggunakan tiga hos penyembur air, kata jurucakap SCDF.

Selepas ia tiba, pasukan SCDF  menggunakan dua jet air untuk memadam api, tambah beliau.

Tiga orang, termasuk seorang bayi dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana mengalami kelecuran, sementara lagi 12 mangsa dikejarkan ke SGH dan Hospital Universiti Nasional kerana keracunan asap.

Menurut ST, beberapa mangsa yang dikejarkan ke hospital kerana keracunan asap adalah anggota pasukan kecemasan yang berpangkalan di Sentosa. Sebahagian mangsa lagi berada di kapal layar itu apabila ia dijilat api.

Punca kebakaran masih disiasat, kata SCDF.

Mengulas tentang insiden itu di Facebook, Presiden Halimah Yacob berkata beliau 'membaca denga penuh prihatin' tentang kejadian itu.

Beliau juga memuji keberanian pasukan kecemasan yang berusaha mengawal api sebelum pasukan SCDF tiba di tempat kejadian.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3