Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

15 penjaja diiktiraf dengan Anugerah Penjaja SG

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 15 penjaja telah iktiraf dengan Anugerah Penjaja Singapura baru-baru ini di Seminar Penjaja SG 2022.



Seminar yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS), dan disokong oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), mengiktiraf penjaja dan penjaja baru yang telah berinovasi untuk mengembangkan perniagaan mereka, dan menghormati perniagaan penjaja yang telah diturunkan kepada generasi akan datang.



Pengiktirafan ini dilakukan melalui tiga kategori - Anugerah Penjaja Baru Berpotensi, Anugerah Warisan Penjaja, Anugerah Penjaja Berusaha dan Anugerah Pusat Penjaja Progresif yang merupakan anugerah baru tahun ini.



Di acara yang diadakan di Our Tampines Hub itu, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata Covid-19 telah memberikan peluang untuk meninjau bagaimana Singapura boleh menjadikan pusat penjaja lebih bersedia untuk masa depan.



"Dengan pelancaran Anugerah Pusat Penjaja Progresif yang pertama kali diberikan, kami ingin mengiktiraf usaha pengendali dan persatuan pusat penjaja dalam meningkatkan produktiviti dan pendigitalan, dan memastikan pusat penjaja kita kekal bersih.



"Saya berharap usaha kolektif ini dapat mengekalkan kemampanan pusat penjaja kami dan perniagaannya pada masa hadapan, dan menjaga budaya penjaja kami untuk generasi akan datang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >