Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

15 saranan untuk jadikan hab udara S’pura mampan

Sep 23, 2022 | 09:16 PM



DARIPADA pemasangan panel suria di kawasan landasan terbang pesawat hingga ke melabur dalam bahan api penerbangan mampan - ini adalah antara daya usaha yang akan dikaji dengan teliti dalam usaha menjadikan hab udara Singapura mampan.


Inisiatif tersebut adalah antara 15 saranan yang dikemukakan dalam laporan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) mengenai Hab Udara Mampan yang dikeluarkan pada Jumaat (23 Sep).


Antara lain, usaha akan dijalankan untuk mengkaji potensi mewujudkan kemudahan sisa-kepada-tenaga di lapangan terbang.


Laporan itu telah diserahkan kepada Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, bagi penelitian lanjut oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).


Laporan itu memberi butiran mengenai daya usaha utama dalam tiga bidang penerbangan – lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pengurusan lalu lintas udara – yang boleh dilakukan Singapura untuk menyahkarbonkan sektor penerbangan.


Saranan lain dikemukakan termasuk mempertingkatkan lagi kecekapan tenaga sistem hawa dingin melalui teknologi dan konsep reka bentuk yang inovatif.


Misalnya, tingkap bangunan terminal hari ini mempunyai lapisan suria yang dapat mengurangkan kehilangan kuasa kesejukan. Dengan cara ini, suasana dalam bangunan terus rasa sejuk dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan.


Sebahagian besar, atau sekitar 60 peratus, penggunaan tenaga digunakan bagi menguasai sistem hawa dingin di terminal hari ini.


Panel itu juga mengemukakan saranan bagi pembentukan ekosistem untuk menjadikan penggunaan bahan api penerbangan mampan berdaya maju, dan mengenal pasti serta mencari sumber bahan mentah bagi menghasilkan bahan api alternatif lebih hijau itu di rantau ini.


Encik Iswaran berkata pemerintah akan mengkaji saranan tersebut dan menggabungkannya ke dalam Pelan Induk Hab Udara Mampan, yang akan diterbitkan tahun depan.


“Saya gembira panel tersebut dapat mengumpulkan idea melalui penyertaan aktif pelbagai pihak berkepentingan, dan menumpu pada satu set 15 inisiatif yang boleh membantu membangunkan Singapura sebagai hab udara mampan.


“Sektor penerbangan Singapura akan memainkan peranan kita dan menyumbang kepada penyahkarbonan penerbangan global,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >