Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

150 kanak-kanak akan direkrut sertai ujian percubaan vaksinasi Covid-19 diketuai KKH

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 150 kanak-kanak berusia antara lima tahun dengan 11 tahun akan direkrut untuk menyertai usaha percubaan vaksinasi Covid-19 yang dipimpin Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Menjawab pertanyaan Berita Harian, konsultan KKH, Dr Yong Chee Fu, berkata meski kanak-kanak yang mempunyai imunosupresi tinggi daripada penyakit barah atau kemoterapi tidak layak bagi percubaan ini, mereka yang mempunyai penyakit sedia ada tetapi boleh dikawal baik, seperti semput dan ekzema, dijemput untuk mengambil bahagian.



"Kajian KKH ini bertujuan untuk merekrut sekitar 150 kanak-kanak sihat berusia antara lima dengan 11 tahun.



"Ia akan dijalankan ke atas peserta yang merancang untuk mengambil vaksin Covid-19," ujarnya.



KKH memberikan perincian tersebut menyusuli pengumuman pasukan bertindak berbilang kementerian berhubung percubaan bagi kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut.



Selain itu, seorang lagi konsultan, Dr Kam Kai-Qian, berkata dalam percubaan di luar negara, dos yang digunakan terhadap kanak-kanak di bawah usia 12 tahun adalah sepertiga dos yang digunakan golongan remaja dan dewasa, dengan tiada kesan sampingan serius dilaporkan dalam kalangan penerima vaksin.



"Percubaan luar itu juga menunjukkan keberkesanan vaksin sebanyak 90 peratus dalam melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 selepas tujuh hari daripada dos kedua.



"Paras antibodi juga bersamaan dengan apa yang terdapat dalam golongan dewasa muda," katanya.



Sementara itu, Profesor Madya Chong Chia Yin, yang merupakan konsultan kanan di KKH menambah kajian vaksin yang dijalankan di luar negara telah mendapati vaksin selamat dan berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan Covid-19.



"Disokong Kementerian Kesihatan, kajian KKH akan menilai logistik operasi dalam memberi vaksin kepada kanak-kanak, dan menawarkan data untuk memberikan maklumat selain membimbing dasar vaksinasi kesihatan awam bagi kanak-kanak muda di Singapura," katanya.



Beliau turut menambah kajian itu bertujuan untuk menilai bagaimana kanak-kanak di Singapura memberi respons terhadap vaksinasi Covid-19.



Berhubung kesan sampingan selepas mengambil suntikan, beliau berkata kesan sampingannya sama seperti golongan dewasa seperti sakit di tempat suntikan, keletihan, pening, rasa sejuk, dan demam yang akan pulih dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.



"Dengan pendidikan awam dan imuniti yang semakin meningkat dalam kalangan warga, vaksinasi dalam kanak-kanak akan mempunyai kesan ketara dalam mengurangkan kejadian jangkitan (dan jangkitan yang teruk) serta Sindrom Radang Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >