Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

150 pekerja M'sia di sini terima habuan Ramadan

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



BERJAUHAN dengan keluarga untuk mencari rezeki tidak mudah apatah lagi dalam bulan puasa.



Untuk membantu 150 pekerja Malaysia berpendapatan rendah yang tinggal di sini, Maybank Singapore dan Free Food For All (FFFA) telah bekerjasama untuk menyumbang bungkusan makanan meliputi barangan dan baucar makanan.



Ini adalah sebahagian dari program Regional Ramadan Relief (RRR) Maybank.



RRR merupakan program tanggungjawab korporat perbankan Islam Kumpulan Maybank yang menggunakan dana zakat yang bertujuan mengedarkan bekalan makanan kepada keluarga berpendapatan rendah semasa bulan Ramadan, menurut kenyataan Maybank semalam.



Maybank Singapore telah melaksanakan program RRR sejak 2017 bagi membolehkan bank mengedarkan baucar makanan kepada lebih 1,000 keluarga di Singapura yang memerlukan bantuan kewangan.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) Maybank Singapore, Dr John Lee telah memberikan bungkusan Ramadan itu kepada penerima zakat tersebut di pejabat Free Food For All di Blok 21 Chai Chee Road baru-baru ini.



Ia disaksikan oleh pengarah operasi FFFTA, Cik Carol Lee dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Encik Muhammad Radzi Jamaludin.



"Kami berbesar hati bekerja sama dengan FFFA, yang dimulakan tahun lalu semasa tempoh pemutus litar di mana Maybank dan FFFA telah membantu pekerja Malaysia yang terkandas disebabkan pandemik Covid-19 dengan mengedarkan makanan dan sokongan kewangan kepada mereka... Kami berharap sumbangan dana zakat ini akan membantu FFFA dalam usaha mendekati penerima dalam musim perayaan ini apabila sempadan masih ditutup,'' kata Dr Lee.



Pengasas FFFA, Encik Nizar Mohd Shariff, berharap penerima akan menikmati makanan yang sihat semasa musim Ramadan ini.



Setiap bungkusan Ramadan mempunyai baucar membeli barang keperluan dapur bernilai $60 serta beberapa makanan seperti kurma, air minuman tiga dalam satu dan makanan yang siap dimakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >