Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

150 pelajar terima but bola tajaan OTH, New Balance

Aug 11, 2019 | 05:30 AM



ALIF Shafiq Sallim perlu menabung sekitar dua bulan sebelum mampu membeli sepasang but bola sepak baru.



Kerana tidak mahu membebankan keluarganya, Alif, juga kadang kala sanggup bekerja keras sebagai juruwang sementara di sebuah pasar raya agar dapat menampung perbelanjaan mendapatkan keperluan bola sepaknya.



Namun kini, anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu mampu terus mengejar cita-citanya dalam menjadi seorang pemain bola sepak profesional.



Berkat kegigihan serta dedikasinya dalam sukan tersebut, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dalam jurusan Latihan Kecergasan itu merupakan antara 150 pelajar yang menerima sepasang but baru jenama New Balance semalam dalam satu acara yang diadakan di Arena@Our Tampines Hub (OTH).



Buat julung kalinya, OTH telah bekerjasama dengan New Balance Singapore bagi memperkasa hidup belia yang memerlukan bantuan di kawasan kejiranan Tampines dan menunjukkan minat mendalam terhadap sukan dengan menaja mereka but baru.



Bersyukur ke atas pemberian tersebut, Alif, 18 tahun, yang mewakili pasukan badan belia, YouthReach - di bawah kendalian persatuan khidmat masyarakat Boys' Town - berkata:



"Saya sering berlatih tidak kira waktu, kadang kala ketika waktu rehat ataupun selepas sekolah.



"Dengan tajaan ini, ia memberi saya motivasi agar bekerja dan berlatih dengan lebih gigih bagi membolehkan saya merealisasikan impian saya satu hari nanti."



Hadir di acara tersebut bagi menyampaikan but itu kepada para penerima adalah Mayor Daerah North East, Encik Desmond Choo.



Ketika ditemui wartawan Berita Minggu (BM) selepas acara itu, Encik Choo berkata inisiatif sedemikian, termasuk usaha membawa pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo, ke Sekolah Rendah Yumin bulan lalu, diharap dapat memberi inspirasi serta memupuk semangat positif dalam kalangan belia.



"Apa yang cuba kami lakukan ialah untuk memberitahu anak-anak kita - tanpa mengira latar belakang keluarga mereka, sama ada mereka kaya atau miskin - bahawa mereka semua akan diberi peluang yang sama untuk berjaya.



"Kami juga akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan serta mendapat sokongan daripada masyarakat, agar memberikan anak-anak kita peluang yang terbaik untuk berjaya selagi mereka terus menunjukkan kegigihan untuk mengecapi impian mereka.



"Saya rasa ini merupakan antara cara bagaimana kita ingin menjaga generasi muda kita dan menunjukkan kepada mereka bahawa kami akan terus bekerjasama dan mencipta masa depan bersama," ujar beliau.




"Apa yang cuba kami lakukan ialah untuk memberitahu anak-anak kita - tanpa mengira latar belakang keluarga mereka, sama ada mereka kaya atau miskin - bahawa mereka semua akan diberi peluang yang sama untuk berjaya.''
- Encik Desmond Choo, Mayor Daerah North East




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >