Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,500 flat BTO baru di Bishan berdekatan MRT menjelang 2025

Oct 23, 2019 | 11:56 AM



LEBIH 1,500 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan dibina pada 2025 di Bishan, salah satu kawasan perumahan popular di Singapura. 



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengeluarkan petikan untuk penilaian kesan trafik (TIA) bagi pembangunan perumahan awam yang dicadangkan di kawasan itu. 



Menurut laporan The Straits Times, HDB berkata pembangunan yang dicadangkan itu akan merangkumi enam blok kediaman, setinggi 22 hingga 39 tingkat. 



Setiap blok tersebut akan dilengkapi dengan taman di bumbung dan menawarkan 1,504 unit flat dua, tiga dan empat bilik. 



Prasarana yang ditawarkan berdekatan termasuk pusat jagaan kanak-kanak, pusat jawatankuasa penduduk, kedai runcit, kedai kopi dan juga kedai-kedai lain. 



Tapak berukuran 44,424 meter persegi di Bishan Street 14 itu terletak bersebelahan Sungai Kallang, antara sekolah rendah dan sekolah menengah Kuo Chuan Presbyterian dan kampus Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan di Bishan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >