Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,500 pelajar keperluan khas sertai karnival Singtel

Oct 14, 2017 | 05:30 AM



Seramai 1,500 pelajar keperluan khas telah menyertai acara karnival Singtel di Singapore Expo baru-baru ini.



Ia merupakan jumlah penyertaan paling ramai sejak acara tahunan itu diadakan pada 2012, menurut kenyataan Singtel.



Acara itu telah dianjurkan oleh hampir 2,000 sukarelawan kakitangan Singtel, menurut kenyataan media syarikat itu.



Karnival tahunan tersebut dianjurkan untuk penerima Dana Touching Lives Singtel (STLF) serta pelajar daripada sekolah-sekolah keperluan khas setempat.



Encik Yuen Kuan Moon, Pengerusi STLF dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengguna Singapura Singtel, berbesar hati dengan jumlah rekod yang menyertai karnival itu tahun ini.



"Sudah lima tahun sejak kami menganjurkan acara tahunan ini, jadi sukarelawan pekerja kami amat puas hati melihat karnival Singtel diterima dengan baik oleh masyarakat keperluan khas.



"Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk golongan istimewa di negara ini."



Dengan bertemakan dasar laut tahun ini, kanak-kanak dihiburkan dengan bermacam kegiatan dan permainan di samping menjamu sajian snek seperti bertih jagung dan 'churros'.



Bagi memastikan setiap pelajar selesa, mereka dipasangkan dengan sukarelawan yang membantu mereka bergerak di sekitar karnival itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >