Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

150,000 majikan akan terima lebih $3b bawah Skim Bantuan Pekerjaan

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 150,000 majikan akan menerima pembayaran lebih $3 bilion di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang memberi subsidi gaji mulai 30 Mac ini.



Pembayaran tersebut akan menyokong gaji lebih dua juta pekerja setempat, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Majikan yang telah membuat sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang wajib bagi pekerja setempat mereka untuk September hingga Disember 2020 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan akan layak menerima pembayaran itu.



Dengan pembayaran itu, lebih $24.5 bilion dalam bentuk sokongan JSS telah diagihkan sejak skim itu diperkenal dalam Belanjawan Perpaduan pada Februari tahun lalu.



Untuk pembayaran akan datang pada Mac, majikan akan menerima sokongan hingga 50 peratus bagi $4,600 pertama daripada gaji bulanan kasar yang dibayar pada September, Oktober, November dan Disember 2020.



Majikan dalam sektor penerbangan, aeroangkasa, dan pelancongan yang paling teruk terjejas akan mendapat sokongan 50 peratus; sementara mereka dalam perkhidmatan makanan, runcit, seni dan hiburan, pengangkutan darat, serta marin dan luar pesisir akan mendapat sokongan 30 peratus.



Majikan dalam sektor persekitaran binaan akan mendapat sokongan 50 peratus untuk gaji yang dibayar pada September dan Oktober 2020, dan 30 peratus untuk gaji November dan Disember 2020.



Majikan dalam semua sektor lain akan mendapat sokongan 10 peratus.



"Sedang ekonomi dibuka kembali secara bertahap setelah pemutus litar, syarikat yang tidak dibenarkan untuk melanjutkan operasi di lokasi akan terus menerima sokongan 50 peratus sehingga mereka dibenarkan untuk berbuat demikian, atau hingga Mac 2021, mana yang lebih awal," kata MOF dan Iras.



Majikan yang layak akan diberitahu melalui pos mengenai jumlah pembayaran mereka akhir bulan ini.



Mereka juga boleh masuk ke portal myTax untuk melihat salinan elektronik surat itu.



MOF dan Iras berkata pembayaran pada Mac untuk kira-kira 5,500 majikan akan ditunda hingga hujung April, sementara menunggu pemeriksaan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengenai tarikh pembukaan semula oleh firma yang digunakan untuk mengira pembayaran JSS.



Semua majikan yang terjejas akan diberitahu melalui surat dan e-mel.



Mereka juga boleh mendapatkan perkembangan terkini di laman go.gov.sg/JSSreopeningdate.



Lebih banyak maklumat akan diberikan selepas pemeriksaan itu dilakukan.



Seperti yang diumumkan dalam Kenyataan Belanjawan pada 16 Februari lalu, JSS akan dilanjutkan hingga enam bulan untuk firma di sektor yang terus terjejas dengan Covid-19, dengan menyokong gaji yang dibayar hingga September.



Dengan JSS yang dilanjutkan itu, perniagaan akan mendapat sokongan gaji sehingga 23 bulan sejak skim itu diperkenalkan tahun lalu, untuk membantu mereka mengekalkan pekerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >