Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.54j warga S'pura akan dapat Baucar GST, tokokan Medisave berjumlah $890j

GST
Jun 20, 2016 | 12:29 PM



SEKITAR 1.54 juta warga Singapura yang layak akan menerima surat menjelang 1 Julai memaklumkan mengenai Baucar GST (GSTV) 2016 mereka, tokokan Medisave dan manfaat lain Belanjawan.



GSTV dan tokokan Medisave berjumlah kira-kira $890 juta, umum Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan media pada Isnin (20 Jun).



Dianggarkan 1.3 juta rakyat Singapura akan menerima hingga $300 - secara tunai - dalam GSTV.



Dalam Belanjawan 2016, pemerintah juga mengumumkan satu pemberian tunai khas GSTV hingga $200 untuk menyokong isi rumah di tengah-tengah keadaan ekonomi semasa.



Ini bermakna penerima GSTV yang layak boleh mendapat hingga $500 dalam bentuk wang tunai tahun ini, yang akan dibayar dalam dua bayaran pada Ogos dan November.



Sementara itu, kira-kira 425,000 rakyat Singapura berumur 65 tahun dan ke atas akan menerima tokokan Medisave hingga $450 pada Ogos.



Perintis juga akan menerima tokokan Medisave Generasi Perintis (PG) antara $200 dan $800 bulan depan.



Di samping itu, rakyat Singapura yang lahir pada atau sebelum 31 Dis 1959 (57 tahun ke atas), yang tidak menerima faedah PG, akan mendapat tokokan hingga $200 setiap tahun sehingga 2018.



Tokokan tahun ini akan dibuat pada Ogos.



MOF menggalak rakyat Singapura mendaftar bagi pemberitahuan SMS di www.gstvoucher.gov.sg, daripada menunggu surat pemberitahuan mereka.



Semua penerima GSTV berumur 21 hingga 35 tahun akan menerima surat meminta mereka log masuk ke laman web sama menggunakan SingPass mereka untuk melihat manfaat yang mereka akan dapat dan mendaftar bagi pemberitahuan SMS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >