Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$156.9j dana MediFund biaya bil perubatan warga SG susah

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK $156.9 juta daripada Dana Endowmen Perubatan (MediFund) digunakan bagi membantu rakyat Singapura berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan membayar bil perubatan mereka dalam tahun kewangan 1 April 2020 hingga 31 Mac tahun ini.



Jumlah itu $2.2 juta lebih rendah daripada tahun sebelumnya, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).



Kemerosotan itu disebabkan bilangan pesakit yang lebih rendah dirawat di institusi penjagaan kesihatan awam, kemudahan penjagaan jangka panjang dan pusat perantaraan disebabkan pandemik Covid-19.



Jumlah pemohon yang berjaya sebanyak lebih 1.1 juta juga merupakan satu kemerosotan 5.3 peratus dari tahun kewangan sebelumnya.



MOH menambah bahawa kemerosotan jumlah permohonan sebanyak 4 peratus menyumbang kepada kemerosotan jumlah permohonan yang berjaya.



Bantuan lebih $120 juta disediakan bagi pesakit di institusi penjagaan kesihatan awam, susut daripada hampir $123 juta dalam tahun kewangan sebelumnya,



Namun, bantuan sebanyak $36.6 juta disediakan bagi pesakit di kemudahan penjagaan jangka panjang dan perantaraan, naik daripada $36.2 juta dari tahun kewangan sebelumnya.



Secara purata, jumlah MediFund yang disediakan ialah $841 bagi setiap rawatan di pusat perubatan dan $93 bagi rawatan tanpa perlu menginap di hospital.



MediFund membantu pesakit warga Singapura yang memerlukan dan tidak mampu membayar bil perubatan mereka selepas potongan MediSave, subsidi pemerintah dan insurans.



MediFund Silver pula menyediakan bantuan khusus bagi warga emas, manakala MediFund Junior memenuhi keperluan kanak-kanak.



Pada akhir tahun kewangan 2020, hampir $4.85 bilion kekal di MediFund, naik daripada $4.64 bilion.



Ini menyusuli tokokan $200 juta bagi dana itu yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dalam Belanjawan 2020.



"MediFund memastikan tidak ada warga Singapura yang tidak mendapat penjagaan perubatan asas disebabkan ketidakupayaan untuk membayar,'' kata MOH, dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >