Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

157 suspek libat dalam penipuan, keldai wang sedang disiasat

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat 157 individu kerana disyaki terlibat dalam penipuan atau operasi keldai wang.



Suspek itu - 97 lelaki dan 60 wanita, berusia antara 16 dan 71, dipercayai terlibat dalam lebih 495 kes penipuan di mana mangsa kerugian lebih $2 juta, lapor The Straits Times.



Penipuan tersebut terutama penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penipuan pancingan data melibatkan bank, penipuan sokongan teknologi, penipuan penyamaran pegawai China atau pemerintah, penipuan pelaburan, penipuan pekerjaan dan penipuan pinjaman.



Mereka yang disyaki terlibat ditangkap dalam satu operasi seluruh pulau selama dua minggu antara 28 Januari dan 10 Februari, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Suspek-suspek juga sedang disiasat atas kesalahan seperti menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.



Mereka yang didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.



Mereka yang didapati menjalankan perniagaan untuk menyediakan sebarang jenis perkhidmatan pembayaran di Singapura tanpa lesen boleh didenda sehingga $125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.



Dalam kenyataan itu, polis berkata:



"Polis mengambil sikap serius terhadap mereka yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pelaku akan ditangani mengikut undang-undang."



Polis menasihatkan orang ramai supaya menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit mereka kerana mereka akan bertanggungjawab jika orang yang membuat permintaan ini dikaitkan dengan jenayah.



Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, orang ramai boleh melayari laman web https://www.scamalert.sg/ atau hubungi talian anti-penipuan di 1800-722-6688.



Bagi mereka yang mempunyai maklumat tentang sebarang penipuan boleh hubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat mereka di laman https://www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >