Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

158 disiasat dek judi, abai langkah jarak selamat

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 158 individu yang berusia antara 36 dengan 83 tahun sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam pertaruhan kuda haram dan tidak mematuhi langkah jarak selamat di sini.



Antara 24 April dengan 6 Jun lalu, pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan tujuh divisyen darat polis mengekang aktiviti pertaruhan kuda haram di beberapa lokasi, termasuk Telok Blangah Crescent, Bukit Merah View, Serangoon Central, Bedok, Bukit Batok, Woodlands, Marsiling dan Yishun.



Pegawai HDB juga membantu dalam operasi di seluruh negara itu melalui penguatkuasaan terhadap pelanggaran jarak selamat, kata polis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Semasa operasi, wang tunai berjumlah lebih $76,000, beberapa telefon bimbit dan dokumen yang dipercayai rekod pertaruhan telah dirampas.



Seramai 147 lelaki dan 11 wanita dituduh sebagai pembuat taruhan haram yang menerima pertaruhan lumba kuda haram, penolong mereka dan penjudi yang meletakkan taruhan ini.



Di bawah Akta Pertaruhan, sesiapa yang bertaruh dengan pembuat taruhan haram boleh didenda hingga $5,000, dipenjara tidak lebih dari enam bulan, atau kedua-duanya.



Mereka yang didapati bersalah membuat pertaruhan haram boleh didenda antara $20,000 dengan $200,000, serta dipenjara tidak melebihi lima tahun.



Mereka yang didapati bersalah melanggar langkah jarak selamat pula boleh didenda antara $300 dengan $1,000.



Dalam kes yang lebih serius, pesalah boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Polis berkata ia memandang serius semua bentuk aktiviti pertaruhan haram dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukannya.



Dalam pada itu, orang ramai dinasihati menjauhkan diri daripada semua aktiviti perjudian haram dan memandang serius langkah jarak selamat yang ditetapkan sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >