LAGI 158 kes jangkitan Covid-19 baru disahkan sehingga 12 tengah hari pada Rabu (8 Julai), menjadikan jumlah 45,298 kes di Singapura sejauh ini.
Kes baru itu termasuk sembilan kes dalam masyarakat, terdiri daripada empat warga Singapura atau Penduduk Tetap dan lima pemegang Pas Kerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Sebanyak tiga kes yang diimport disahkan, dengan kesemuanya diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Baki kes melibatkan pekerja asing yang menetap di asrama pekerja.
Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.