Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$159.1j dana bantuan Medifund diagih kepada pesakit memerlukan

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



LEBIH banyak bantuan untuk membiayai kos perubatan telah diberikan kepada pesakit yang memerlukan dalam tahun kewangan (FY) 2019.



Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) berikutan penerbitan laporan tahunan skim Medifund semalam, $159.1 juta dana bantuan Medifund telah diberikan kepada pesakit yang memerlukan bagi FY2019 - antara 1 April 2019 dengan 31 Mac 2020.



Jumlah itu merupakan kenaikan $2.6 juta berbanding $156.5 juta yang diberikan pada tahun sebelumnya.



Meskipun jumlah bantuan dana meningkat dalam tempoh setahun ini, jumlah permohonon yang berjaya merosot.



Pada FY2019, sebanyak 1,215,809 permohonon berjaya diterima.



Jumlah itu turun 1.9 peratus berbanding 1,239,578 permohonon berjaya pada tahun sebelumnya.



Secara purata, jumlah bantuan Medifund yang diberikan ialah $900 bagi setiap rawatan dalam hospital, manakala rawatan yang tidak perlu dimasukkan ke hospital pula ialah $90.



Daripada jumlah $159.1 juta yang dikeluarkan untuk membantu melunaskan bil pesakit yang memerlukan bagi FY2019, sebahagian besarnya - iaitu bantuan sebanyak $122.8 juta - disalurkan kepada pesakit di hospital dan institusi awam.



Jumlah ini turun berbanding $124.2 juta yang disalurkan bagi tujuan yang sama pada FY2018.



Sementara itu, lagi $36.2 juta diberikan kepada pesakit di kemudahan penjagaan jangka pertengahan dan jangka panjang (ILTC).



Jumlah ini juga meningkat berbanding $32.3 juta yang disalurkan bagi tujuan yang sama pada FY2018.



Menurut MOH, kenaikan itu disebabkan sokongan lanjutan kepada pesakit di kemudahan ILTC, termasuk warga emas.



Medifund bertujuan membantu warga Singapura yang tidak mampu membayar bil perubatan walaupun dengan subsidi pemerintah, dengan menggunakan insurans MediShield Hayat dan Medisave.



Medifund Silver dan Medifund Junior masing-masing menawarkan bantuan khusus bagi warga emas dan kanak-kanak daripada keluarga memerlukan.



Medifund juga memastikan agar tiada warga gagal mendapatkan penjagaan perubatan sewajarnya kerana mereka tidak mampu membayar bagi kos rawatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >