Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ BANTUAN TANGANI INFLASI: INDIVIDU & ISI RUMAH

1.5j warga S'pura terima $300 baucar GST

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 1.5 juta warga Singapura akan menerima habuan sehingga $300 tunai dalam bentuk pembayaran Baucar GST Ogos tahun ini, menurut Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam.



Ini merupakan tambahan kepada jumlah yang ditetapkan sebelum ini di bawah Skim Baucar GST (GSTV) untuk diagihkan kepada mereka yang layak pada 2022.



Seramai 1.5 juta pekerja bergaji rendah dan sederhana serta pesara yang tidak mempunyai pendapatan bakal meraih manfaat daripada langkah bantuan tersebut, kata Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan.



Secara keseluruhan, penerima GSTV boleh menerima sehingga $700 Ogos tahun ini, katanya.



Semua isi rumah warga Singapura juga bakal menerima kredit utiliti $100 pada September untuk membantu dalam pembayaran bil rumah, tambah Encik Wong.



"Dalam Belanjawan, saya sudah pun memperuntukkan jumlah rebat U-Save yang sewajarnya bagi mereka yang tinggal di flat HDB, dan lebih banyak diperuntukkan bagi mereka yang tinggal di flat lebih kecil.



"Justeru kali ini, saya akan berikan bayaran satu kali sebanyak $100 kredit utiliti kepada semua isi rumah warga Singapura, termasuk mereka yang tinggal di hartanah privet," kata Encik Wong.



Menjawab pertanyaan mengapa sistem bertahap yang berdasarkan saiz hartanah tidak dikuatkuasakan bagi langkah bantuan tersebut, Encik Wong berkata rebat U-Save yang diberikan mempunyai fungsi yang sama.



"Mereka yang menetap di hartanah privet hanya akan menerima bayaran rebat sekali. Namun, jika anda tinggal di flat HDB tiga atau empat bilik, anda berpeluang menerima lebih banyak rebat secara berkesan, jika anda rangkumkan semua rebat yang telah diberikan dalam Belanjawan," katanya.



Sementara itu, dua lagi skim telah dipertingkat bagi menyediakan bantuan lebih tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dan warga emas, tambah Encik Wong.



Skim ComCare akan dipertingkat untuk menyediakan sokongan tambahan kepada isi rumah yang menerima bantuan bagi jangka masa pendek, pertengahan dan panjang, kata Encik Wong.



Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Kewangan (MOF) berkata isi rumah dengan salah seorang anggotanya yang menerima Bantuan Jangka Panjang (LTA) akan menerima bantuan tunai lebih tinggi iaitu $640 sebulan - naik $40.



Mereka yang telah membuat permohonan bagi bantuan ComCare Jangka Pendek hingga Pertengahan (SMTA) atau membuat permohonan untuk memperbaharui permohonan bantuan mereka juga boleh menjangkakan bantuan tunai lebih tinggi serta bagi perbelanjaan utiliti, tambah kenyataan itu.



Jumlah bantuan yang diberikan berbeza berdasarkan isi rumah, keperluan dan pendapatan, menurut MOF.



MOF juga mengumumkan siling Elaun Singapura dan bayaran pencen bulanan bagi pesara yang menerima pencen lebih rendah akan dinaikkan kepada $350 dan $1,280 masing-masing.



Langkah-langkah yang diumumkan itu merupakan sebahagian daripada pakej bernilai $1.5 bilion yang diumumkan semalam yang lebih tertumpu terhadap usaha membantu golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas memandangkan golongan tersebut paling teruk terkesan dek inflasi, menurut Encik Wong.



"Saya sedar ramai warga Singapura yang prihatin akan isu seperti harga yang semakin naik dan kos hidup. Namun, saya harap anda faham bahawa cabaran yang kita perlu hadapi sekarang bukan sahaja berkaitan inflasi.



"Ia juga termasuk untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan struktural dalam persekitaran operasi kita," kata Encik Wong.




Dalam Belanjawan, saya sudah pun memperuntukkan jumlah rebat U-Save yang sewajarnya bagi mereka yang tinggal di flat HDB, dan lebih banyak diperuntukkan bagi mereka yang tinggal di flat lebih kecil. Justeru kali ini, saya akan berikan bayaran satu kali sebanyak $100 kredit utiliti kepada semua isi rumah warga Singapura, termasuk mereka yang tinggal di hartanah privet.”
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




BANTUAN BAGI INDIVIDU & ISI RUMAH



GSTV- Bayaran tunai khusus



  • Hingga $300 bayaran tunai tambahan bagi penerima GSTV pada Ogos 2022

Kredit Utiliti Isi Rumah



  • $100 bagi setiap isi rumah pada September 2022

Peningkatan Tetap terhadap ComCare



  • Bagi menyokong isi rumah yang menerima bantuan jangka pendek hingga sederhana atau bantuan jangka panjang.

Semakan Tetap terhadap Elaun Singapura dan Siling Bayaran Pencen Bulanan



  • Bagi membantu pesara yang menerima pencen lebih rendah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >