Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

16 lagi kematian Covid-19 di S'pura; 3,439 jangkitan baru

Oct 22, 2021 | 07:36 AM



SERAMAI 16 orang, berusia antara 61 dengan 93 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah kematian di Singapura akibat virus itu kini 280 orang.


Mereka yang terkorban itu terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (21 Okt).


Di kalangan 12 lelaki itu, 11 adalah warga Singapura dan penduduk tetap manakala baki satu adalah pemegang permit kerja warga Malaysia. Keempat-empat wanita itu adalah warga Singapura.


Lapan daripada mereka tidak divaksin, tujuh telah divaksin sepenuhnya dan satu lagi baru  menerima satu dos vaksin.


Seramai 15 daripada mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan, kata MOH, manakala baki satu adalah kes yang telalh divaksin dan tidak mempunyai kondisi perubatan yang diketahui.


Kematian berkaitan dengan Covid-19 telah dicatat setiap hari sejak 20 September.


Terdapat 3,439 jangkitan Covid-19 baru secara keseluruhan, terdiri daripada 2,937 kes masyarakat baru, 500 di asrama pekerja migran dan dua kes yang diimport.


Kes masyarakat termasuk 492 orang berumur lebih 60 tahun.


Jumlah kes di Singapura kini 162,026.


Di kalangan kelompok besar yang dipantau, lapan mempunyai kes baru.


Rumah penjagaan warga emas Bukit Batok Home for the Aged mempunyai 17 kes baru, menjadikan keseluruhan 109 kes.


Tiga kes baru telah ditambah ke MWS Christalite Methodist Home di Marsiling menjadikan jumlah 118 kes.


Prasekolah PCF Sparkletots di Zhenghua di Segar Road mempunyai tiga kes baru menjadikan jumlah 17 kes. 


Dua kes baru masing-masing ditambah ke Banyan Home di Pelangi Village di Buangkok dan Apex Harmony Lodge di Pasir Ris.


Rumah masyarakat bagi warga emas Awwa di Ang Mo Kio, Rumah Penjagaan dan Pusat Medicare Econ di Buangkok dan Bo Tien Home for the Aged di Woodlands masing-masing mempunyai satu kes baru.


Hingga Khamis, terdapat 17,617 pesakit dalam pemulihan rumah, 4,223 di kemudahan penjagaan masyarakat dan 880 di kemudahan rawatan Covid-19.


Terdapat 1,613 pesakit di hospital, dengan 346 pesakit memerlukan sokongan oksigen.


Terdapat 61 pesakit di unit jagaan rapi.


Sejauh ini, 84 peratus penduduk telah divaksin sepenuhnya dan 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.


Sejumlah 637,326 orang telah menerima suntikan penggalak mereka dan 98,000 lagi telah membuat janji temu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >