Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

16 lagi kematian Covid-19 di S'pura; 4,248 jangkitan baru

Oct 30, 2021 | 12:24 AM



SERAMAI 16 orang berusia antara 44 dengan 90 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah kematian di sini akibat virus itu sebanyak 380.


Kesemua mereka mempunyai pelbagai kondisi perubatan lain kecuali kes berusia 44 tahun itu yang tidak divaksin, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (29 Okt).


Kematian berkaitan dengan Covid-19 telah dicatat setiap hari sejak 20 September.


Terdapat 4,248 jangkitan Covid-19 baru secara keseluruhan, terdiri daripada 3,710 kes masyarakat baru, 536 di asrama pekerja migran dan dua kes yang diimport.


Kes masyarakat termasuk 559 orang berumur lebih 60 tahun.


Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ialah 1.15 naik daripada 1.13 pada Khamis.


Ini merujuk kepada nisbah kes masyarakat dalam seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan lebih daripada satu menunjukkan bahawa bilangan kes mingguan baru Covid-19 masih meningkat.


Jumlah kes di Singapura kini 192,099.


Terdapat 1,614 pesakit di hospital, dengan 257 pesakit memerlukan sokongan oksigen di wad biasa.


Terdapat 139 pesakit di unit jagaan rapi.


Sejauh ini, 84 peratus penduduk telah divaksin sepenuhnya dan 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sekitar 14 peratus telah menerima suntikan penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >