Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

16 premis F&B diarah tutup langgar pengurusan selamat

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 16 premis kedai makanan dan minuman (F&B) telah diperintahkan untuk ditutup, sementara 13 cawangan F&B dan 14 individu didenda kerana melanggar langkah pengurusan selamat (SMM), kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam.



Premis F&B itu diperintah ditutup kerana membenarkan kumpulan lebih dua individu dari unit rumah berlainan duduk di beberapa meja.



Antaranya restoran Komala Vilas di 76-78 Serangoon Road yang gagal memastikan jarak satu meter antara pelanggan ketika beratur.



Memandangkan restoran itu pesalah berulang, Lembaga Pelancongan Singapura memerintahkan restoran itu ditutup selama 10 hari dari 29 Jun hingga 8 Julai.



Satu lagi restoran yang diarah tutup ialah restoran segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di 901 East Coast Road.



Restoran itu gagal memastikan jarak selamat satu meter antara pelanggan, membenarkan percampuran antara kumpulan dan memainkan muzik.



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) memerintahkan cawangan itu ditutup 10 hari dari 30 Jun hingga 9 Julai.



Sebanyak 10 premis F&B pula didenda $1,000 kerana melanggar peraturan SMM.



Tiga antara premis itu didenda $2,000 kerana kesalahan berulang.



Antara restoran yang didenda restoran Ichikokudo Ramen di 313@Somerset.



STB juga selesai siasatan terhadap 11 orang yang berkumpul di sebuah bilik di Orchard Hotel untuk sambutan ulang tahun Februari lalu.



Mereka dikenakan denda $3,000 masing-masing kerana berkumpul lebih daripada had jumlah lapan.



STB akan terus melakukan pemeriksaan secara berkala dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang ketat terhadap pelanggaran SMM.



Selain itu, lebih 1,500 nota nasihat diberi kepada individu yang melanggar SMM di pantai dan taman yang diurus Lembaga Taman Negara (NParks).



NParks juga menutup beberapa taman buat sementara waktu, termasuk beberapa kawasan pantai, dan kemudahan seperti tempat letak kereta, tempat perlindungan, kerana ramai orang tidak mematuhi SMM di kawasan sedemikian.



Orang ramai dinasihatkan agar memeriksa portal jarak selamat (safedistparks.nparks.gov.sg) untuk maklumat terkini mengenai jumlah pengunjung sebelum menuju ke taman.



MSE menggesa orang ramai mengamalkan SMM serta langkah-langkah kebersihan ketika menjamu selera di restoran walaupun Singapura meningkatkan langkah vaksinasi di Singapura.



Pesalah kali pertama boleh dikenakan denda $300.



Pesalah berulang akan menghadapi denda lebih tinggi atau/dan didakwa di mahkamah.



Pengendali yang melanggar SMM termasuk jarak selamat kurang satu meter antara pelanggan akan menghadapi penutupan, walaupun kesalahan pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >