16 tahun pengalaman mengendali projek korban, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

AL-QIBLAH INTERNATIONAL CONSULTANTS

16 tahun pengalaman mengendali projek korban

Jun 18, 2021 | 05:30 AM

SEPERTI tahun-tahun yang lalu, Al-Qiblah International Consultants sekali lagi akan menganjurkan projek ibadah korban dan akikah demi menghulurkan daging korban kepada para pelajar pesantren, anak-anak yatim dan fakir miskin di beberapa daerah pedalaman kampung di Indonesia dan Kemboja.

Mereka akan turut melaksanakan penyembelihan dan pengagihan daging korban ke beberapa penduduk pulau di Indonesia.

Walaupun berada di tengah-tengah wabak Covid-19, Ustaz Azmi Abdul Samad, yang menerajui dan memimpin projek ini memberi jaminan bahawa projek ibadah korban dan akikahnya akan berjalan lancar.

Bahkan haiwan-haiwan korban telah ditempah untuk disembelih pada Hari Raya Haji ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CEO dan pemimpin Al-Qiblah International Consultants, Ustaz Azmi Abdul Samad, berkata:

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami telah anjurkan projek ibadah korban semenjak tahun 2005 dan telah pelajari serta perhalusi banyak rintangan dan cabaran ketika melaksanakan ibadah tahunan ini.

"Berbekalkan pengalaman 16 tahun, alhamdulillah, walaupun dalam keadaan wabak sebegini, jentera petugas kami, di dalam dan luar negara, merasa yakin bahawa ibadah tahun ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang, insya-Allah."

Bahkan, pada tahun ini, selain menyembelih haiwan korban, mereka akan melakukan dua projek sampingan, iaitu membina sebuah perigi dan sebuah rumah kampung untuk dihadiahkan kepada sebuah keluarga anak yatim di Kemboja.

"Kededua pembinaan ini, dilakukan atas nama semua para peserta yang mengikuti projek ibadah Qurban kami pada tahun ini.

"Para jemaah bukan hanya akan mendapat pahala ibadah korban atau pahala menggembirakan orang-orang kampung, bahkan jemaah juga akan mendapat pahala selagi mana air perigi itu dimanfaatkan dan pahala rumah yang diduduki oleh keluarga anak yatim di Kemboja," ujar Ustaz Azmi yang telah turun padang pada tahun-tahun yang lalu sebelum wabak Covid-19 melanda.


JIKA BERMINAT

Mereka yang berminat untuk menyertai projek ibadah korban anjuran Al-Qiblah International boleh terus ke salah satu pusat pendaftaran berikut:

  • Kedai Buku Hj Hashim di Joo Chiat Complex.
  • Kedai Buku Muslimedia di Wisma Indah (Masjid Kassim).
  • Kedai De M Colleczions di Blk 292 Yishun St 22 #01-293.
  • Jemaah boleh juga daftar on-line di lelaman www.alqiblah.com.sg atau FB Al-Qiblah International Consultants.
  • Pembayaran boleh juga dibuat dengan kaedah PayNow.

Sebarang pertanyaan, hubungi talian 67174000, 63001400 atau 97956000.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map