Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

16 terima Biasiswa Kemampanan S'pura

Pupuk bakat bangunkan huraian bagi perubahan iklim, keberkesanan tenaga dan sumber air serta keselamatan makanan negara
Aug 11, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 16 calon telah menerima Biasiswa Kemampanan Singapura (SSS) daripada Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dalam satu majlis anugerah biasiswa dalam talian, semalam.



Biasiswa tersebut ditawarkan secara bersama oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), agensi air negara PUB, dan Agensi Makanan Singapura (SFA).



Ia bertujuan untuk memupuk bakat muda yang berminat untuk memajukan dan membangunkan kerjaya bagi memperkukuh daya tahan sekitaran serta keselamatan makanan dan air di Singapura.



Setiap tahun, biasiswa itu mengenal pasti calon berpotensi yang dapat menjangka cabaran masa depan selain membangunkan huraian bagi perubahan iklim, keberkesanan tenaga dan sumber air serta keselamatan makanan negara.



Para penerima biasiswa akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana atau sarjana muda dalam bidang seperti kejuruteraan, persekitaran, disiplin makanan dan sains yang berkaitan sama ada di universiti tempatan atau luar negara.



Sebaik tamat pengajian, para penerima biasiswa akan memulakan kerjaya mereka sama ada di NEA, PUB atau SFA di samping memainkan peranan dalam usaha kemampanan negara.



Sejak biasiswa itu diperkenalkan pada 2008, sejumlah 208 biasiswa telah dianugerahkan.



Antara penerima SSS dari NEA tahun ini ialah Cik S. Sandiyashini, 19 tahun.



Minatnya yang mendalam terhadap biologi dan kimia di sekolah telah mendorongnya untuk mengambil Sarjana Muda Sains (Sains Hayat) dengan Pengurusan di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Beliau berharap ia akan dapat mempersiapkannya dengan kemahiran serta pengetahuan untuk menangani isu sekitaran dan isu kesihatan awam di Singapura.



"Saya percaya tujuan dan peranan NEA sejajar dengan minat saya dan saya amat terharu untuk meraih pendedahan kerja selain membuat perubahan kepada usaha kemampanan Singapura menerusi peluang dan ruang yang ditawarkan NEA," katanya.



Ketua Pegawai Eksekutif NEA, Encik Luke Goh, berkata: "NEA mengalu-alukan kehadiran individu yang berminat untuk membangunkan Singapura yang mampan. Kami amat gembira kerana telah menerima tujuh daripada kohort pelajar tahun ini yang komited untuk berkhidmat bersama-sama kumpulan berkepentingan untuk memperbaiki sekitaran kita.



"Kami tidak sabar menantikan sumbangan mereka."



Di bawah biasiswa SSS itu, NEA, PUB dan SFA menawarkan biasiswa siswazah dan pos-siswazah.



Kedua-dua calon siswazah dan pos-siswazah diberikan peluang untuk mengambil biasiswa pertengahan penggal (mid-term) atau sarjana.



Antara bidang yang menjadi tumpuan NEA termasuk kejuruteraan sekitaran, sains sekitaran, pengurusan sekitaran serta subjek sains lain seperti fizik, kimia, biologi dan meteorologi.



Bagi PUB pula, bidang yang menjadi tumpuan kebanyakan dalam bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan sivil, elektrikal, sekitaran dan mekanikal.



Sementara itu, SFA pula memberi tumpuan kepada bidang sains seperti pertanian dan akuakultur, kimia, biologi dan sains makanan.




"Saya percaya tujuan dan peranan NEA sejajar dengan minat saya dan saya amat terharu untuk meraih pendedahan kerja selain membuat perubahan kepada usaha kemampanan Singapura menerusi peluang dan ruang yang ditawarkan NEA."
- Cik S. Sandiyashini, 19 tahun, antara penerima SSS NEA tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >