Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,600 flat HDB akan dibina di Farrer Park

* Kawasan kaya dengan warisan sukan itu akan ada ruang lapang untuk sukan dan rekreasi * Pusat sukan baru ganti kompleks renang
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 1,600 unit flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dibina di tapak seluas 10 hektar di Farrer Park, dan disepadukan dengan kemudahan sukan dan rekreasi termasuk pusat sukan baru.



HDB, Sport Singapore dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu pengumuman bersama semalam berkata Projek Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang pertama akan dilancar dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Tapak itu terletak antara Dorset Road, Keng Lee Road, Hampshire Road dengan Race Course Road.



Ia juga berhampiran stesen MRT Little India dan Farrer Park, serta Pusat Tekka serta Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Sebagai memperingati kawasan itu yang kaya dengan warisan sukan, sekitar 20 peratus daripada tapak itu akan diketepikan sebagai kawasan lapang untuk kegunaan sukan dan rekreasi.



Ini termasuk kawasan hijau seluas 1.2 hektar yang terdiri daripada sebuah padang dan taman.



Bekas bangunan gim tinju, yang pernah menjadi tempat latihan Persatuan Tinju Amatur Singapura, akan dikekalkan dan ditukar kepada ruang sukan masyarakat pelbagai guna. Ia akan disepadukan dengan salah satu pembangunan perumahan.



Tempat letak kereta berbilang tingkat di estet itu juga akan direka semula supaya tingkat bawahnya boleh diperuntukkan untuk kemudahan sukan.



Kemudahan lain yang akan dibina termasuk sudut senaman, trek berlari-lari anak dan taman permainan tiga generasi yang menyediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak dan ruang senaman untuk warga tua.



Pembangunan perumahan itu juga akan mempunyai kemudahan komersial dan sosial baru, seperti kedai kejiranan dan pusat jagaan kanak-kanak.



Namun, Kompleks Renang Farrer Park tidak akan dikekalkan walaupun terdapat perancangan awal untuk mengekalkan kemudahan itu.



"Selepas kajian terperinci lanjut, agensi-agensi membuat penilaian menilai bahawa ia tidak akan dapat dilaksanakan untuk mengekalkan kompleks renang atas pelbagai pertimbangan teknikal," kata agensi-agensi itu.



Agensi-agensi itu telah mengambil cadangan daripada kumpulan Friends of Farrer Park, ahli masyarakat warisan, masyarakat sukan serta penduduk di kawasan itu untuk mengekalkan identiti sukan di kawasan itu.



"Memberikan nafas baru kepada Farrer Park akan membawa masuk penduduk baru, dan juga menarik pengguna baru ke taman dan kemudahan sukan, sekali gus memenuhi keperluan masyarakat yang lebih luas sambil mengekalkan warisan dan kepentingan Farrer Park," tambah mereka.



LAPORAN SELANJUTNYA: Farrer Park hanya tinggal kenangan sukan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >