1,600 pemohon lesen kereta sewa ditolak
Jul 19, 2017 | 05:30 AM
SEBANYAK 1,600 pemohon Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) ditolak oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kerana pelbagai sebab, termasuk rekod jenayah.
Mendedahkan perangkaan itu semasa menjawab pertanyaan Berita Harian , jurucakap LTA berkata ia turut menimbangkan jenis jenayah apabila menilai permohonan mereka yang mempunyai rekod jenayah, demi memastikan keselamatan penumpang.