LEBIH 160,000 orang telah menyertai siri aktiviti Festival Gaya Hidup Sihat SG anjuran Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) sepanjang sebulan lalu.
Antara acara yang telah diadakan termasuk 'roadshow' pada hujung minggu di Jurong East, Tampines dan Punggol, yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif yang bertujuan berkongsi panduan gaya hidup sihat.