WALAUPUN perkhidmatan rangkaian 2G akan dihentikan mulai April tahun depan, sebanyak 160,000 talian telefon bimbit masih lagi berasaskan perkhidmatan itu, menurut statistik terkini dari Penguasa Pembangunan Media Infokomunikasi (IMDA).
Walaupun ini hanya 2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit di Singapura, iaitu sebanyak lapan juta, kebanyakan daripada mereka yang terjejas terdiri daripada warga emas.