Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

163 diberkas dalam operasi antijenayah

Jan 17, 2021 | 05:30 AM



POLIS telah menahan seramai 163 lelaki dan 88 wanita, berusia antara 15 dan 74 tahun, menyusuli satu operasi penguatkuasaan selama dua minggu.



Mereka kini sedang membantu dalam siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam penipuan sama ada sebagai pelaku yang menipu atau sebagai 'keldai wang'.



Dalam satu kenyataan semalam, polis menyatakan pegawainya yang terlibat dalam operasi itu merangkumi pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis.



Suspek dipercayai terlibat dalam 421 kes penipuan, kebanyakannya merupakan penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penipuan penyamaran media sosial, wadah perjudian palsu dan penipuan pinjaman, dengan mangsa dilaporkan kehilangan lebih $3.5 juta.



Suspek juga disiasat atas kesalahan menipu atau pengubahan wang haram.



Kesalahan menipu boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.



Sementara kesalahan pengubahan wang haram membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda hingga $500,000.



Polis memandang serius terhadap mereka yang terlibat dalam penipuan, dengan pelaku akan dikenakan tindakan sesuai dengan undang-undang.



Demi mengelakkan diri daripada bersubahat dalam perbuatan jenayah, orang ramai mesti menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon mereka kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika ia ada kaitan dengan urusan jenayah atau haram.



Bagi maklumat lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh melayari laman web www.scamalert.sg atau hubungi talian antipenipuan di 1800-722-6688.



Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes penipuan, boleh hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >