Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

17 cedera dalam nahas tiga kenderaan di AYE dekat Clementi

Jun 23, 2016 | 12:13 PM

SEKURANG-KURANGNYA 17 orang cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah bas di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi Khamis (23 Jun).

Difahamkan semua 17 penumpang itu dari salah satu lori tersebut. Mereka semua cedera ringan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan berhampiran susur keluar Clementi Avenue 6 arah ke Ekspreswe Marina Coastal (MCE) itu pada kira-kira 7.15 pagi.

Ia menghantar sebuah kereta bomba, tiga ambulans dan kenderaan sokongan ke tempat kejadian.

Sembilan mangsa cedera dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), manakala selebihnya ke Hospital Besar Ng Teng Fong.

Berita Popular

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mula menulis tweet mengenai kemalangan itu pada 7.15 pagi, dan meminta pengguna jalan raya mengelakkan lorong tiga ekspreswe tersebut.

Tweet seterusnya memberi amaran mengenai kesesakan hingga ke susur keluar Jurong Town Hall Road.

Jurucakap polis berkata siasatan sedang dijalankan.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map