Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

17 gerai di Ayer Rajah diiktiraf saji makanan warisan terbaik

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 17 gerai penjaja di Pusat Makanan Ayer Rajah telah mendapat pengiktirafan kerana menghidangkan makanan warisan yang lazat, sebagai sebahagian daripada kempen untuk mempromosikan budaya penjaja.



Pusat penjaja itu adalah yang pertama daripada sekitar 110 pusat penjaja di seluruh pulau yang mengendalikan gerai yang menerima anugerah Makanan Warisan Terbaik Singapura yang diberikan oleh Persekutuan Perniagaan Antarabangsa (IBF).



Gerai-gerai itu dipilih setelah tiga hari penilaian dibuat oleh panel duta makanan minggu lalu, kata Presiden IBF Dr Frederick Yap.



Dalam fasa kempen seterusnya pada April ini, orang ramai pula diberikan peluang memilih gerai penjaja kegemaran mereka.



Dr Yap berkata bahawa hasil penilaian itu akan diterbitkan dalam buku panduan yang menyenaraikan 10 gerai penjaja teratas untuk setiap hidangan warisan Singapura, seperti rojak India, mi dan nasi lemak.



Beliau menambah: "Matlamat kami adalah untuk menonjolkan makanan penjaja warisan terbaik di setiap pusat penjaja di Singapura."



Pada Disember lalu, budaya penjaja Singapura telah dimasukkan ke dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai.



Ia adalah hasil usaha tiga tahun oleh Lembaga Warisan Negara (NHB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Gabungan Persatuan Pedagang, Singapura.



Skim baru juga diperkenalkan untuk mengurangkan hambatan bagi penjaja muda yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan warisan keluarga yang menjaja.



Semalam, Dr Yap berkata bahawa orang ramai yang ingin mengiktiraf gerai penjaja terbaik boleh menjadi sukarelawan dan menjadi duta makanan dengan IBF, dan mereka akan diberikan latihan yang diperlukan.



"Ini bukan tugas yang mudah. Mereka harus pergi ke pusat penjaja pada waktu bukan sibuk untuk merasa makanan," tambahnya.



Di antara 17 gerai yang diiktifaf semalam ialah Mr Dum Briyani (No. 78), sebuah warung beriani yang dikendalikan oleh keluarga.



Pasangan suami isteri, Encik Abddul Rauf, 53 tahun, dan Cik Masitah Mohamad Salleh, 48 tahun, menerima anugerah daripada Dr Yap dan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast.



Cik Masitah berkata: "Kami terkejut kerana ini pertama kali kami menerima penghargaan untuk beriani kami."



Sejak dibuka pada 2015, gerai itu sering dikunjungi oleh pelanggan setia seperti pesara Encik Han Hai Kwang, 70 tahun, yang memesan sepiring ayam beriani sekurang-kurangnya sekali seminggu.



"Nasi tidak berminyak dan gebu. Satu-satunya masalah adalah ketika kita datang, beriani sudah habis terjual."



Sebuah gerai lain yang turut diiktiraf ialah M. Mohamed Ismail (No. 57), sebuah warung India-Muslim yang terkenal dengan mi goreng.



Ia dikendalikan oleh Encik Mohamed Sunaidu Mohamed Nooru, 42 tahun, yang, pada 2005, mengambil alih daripada bapanya, sekarang berusia 70-an.



Beliau berkata: "Saya mula belajar kendalikan gerai ini pada usia 16 tahun ketika saya di sekolah menengah. Saya datang selepas sekolah untuk menolong ayah saya dan memerhatikannya memasak.



"Bagi saya, yang paling penting dalam ramuan kami adalah sambal belacan. Rasanya tidak terlalu pedas, tetapi juga tidak terlalu ringan."



Turut diiktiraf ialah gerai Habib's Rojak, yang dikendalikan oleh generasi kedua perniagaan keluarga, Encik Habib Mohamed, 33 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >