Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.7 juta warga S'pura bakal terima baucar GST, tokokan Medisave $1 bilion

Jun 26, 2019 | 04:15 PM



SEKITAR 1.7 juta warga Singapura akan menerima baucar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan tokokan Medisave dalam beberapa bulan akan datang.

Dalam kenyataannya pada Rabu (26 Jun), Kementerian Kewangan (MOF) berkata warga Singapura yang layak akan menerima pesanan teks atau surat sehingga 5 Julai  untuk memaklumkan mereka tentang habuan mereka.

Mereka akan menerima habuan itu antar Julai dengan November.

Golongan Generasi Perintis dan Generasi Merdeka pula akan menerima habuan mereka bulan depan (Julai), sementara lagi sekitar 1.4 juta warga Singapura akan menerima baucar GST dalam bentuk tunai, sehigga $300 masing-masing pada Ogos nanti.

Sekitar 520,000 warga Singapura berusia 65 dan ke atas pada 2019 masing-masing akan menerima sehingga $450 dalam bentuk baucar langsung ke akaun Medisave masing-masing pada Ogos juga.

Warga yang lahir pada atau sebelum 31 Disember 1969 – atau yang berusia 50 dan ke atas tahun ini – dan tidak menerima manfaat Generasi Perintis atau Merdeka, masing-masing akan menerima tokokan $100 kepada akan Medisave dari 2019 hingga 2023, yang akan dimasukkan ke dalam akaun Medisave pada Ogos nanti.

Ini sebahagian skim tokokan Medisave lima tahun yang diumumkan di Belanjawan tahun ini.

Dari November, 1.4 juta orang warga aka menerima bayaran tunai tambahan sehingga $300 dalam bentuk baucar GST Bayaran Bicentennial, sebahagian pakej Bonus Bicenttennial yang diumumkan di Belanjawan tahun ini.

Pakej ini termasuk tokokan kepada akaun Edusave atau akaun pendidikan posmenengah warga Singapura berusia antara tujuh dengan 20 tahun – yang akan dimasukkan ke dalam akaun itu pada hujung bulan ini – selain rebat cukai pendapatan peribadi.

Ini termasuk bonus tunai Workfare bagi pekerja pendapatan rendah yang menerima bayaran Workfare Income Supplement bagi tahun kerja 2018 dan tokokan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi warga Singapura yang  bergaji rendah dengan baki simpanan rendah, dengan kededua bayaran itu dijadual bagi hujung tahun ini.

Warga Singapura boleh memeriksa habuan baucar GST mereka di lamanwww.gstvoucher.gov.sg dengan menggunakan Singpass.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >