Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

17 kes baru Covid-19, semua diimport

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



LAGI 17 kes baru Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu berjumlah 60,495 di sini.



Kesemua kes baru itu adalah kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Tidak ada kes baru dilaporkan dalam kalangan masyarakat dan dormitori pekerja migran.



Kelmarin, MOH melaporkan 10 kes koronovirus yang semuanya diimport dan telah dikenakan SHN ataupun diasingkan, kata MOH.



Ia merangkumi pas pelajar dan pemegang pas permit dari India, Amerika Syarikat, Bangladesh dan Malaysia.



Menurut MOH, siasatan epidemiologi akan dijalankan.



Kesemua kenalan rapat pesakit juga telah diasingkan atau dikenakan SHN. Mereka akan diuji sebelum dan selepas tempoh kuarantin supaya dapat mengesan kes yang tidak menunjukkan simptom, tambah MOH.



Selain itu, tiada lokasi baru yang ditambah kepada senarai tempat yang dikunjungi pesakit Covid-19 ketika dalam peringkat berjangkit.



Sebanyak 12 kes dikeluarkan daripada hospital kelmarin, menjadikannya sejumlah 60,146 yang telah pulih.



Seramai 40 pesakit masih di hospital, 206 sedang puling di kemudahan masyarakat dan satu masih kritikal di unit jagaan rapi.



Singapura mengalami 30 kematian akibat komplikasi Covid-19, sementara 15 yang diuji positif meninggal dunia atas sebab lain.



Secara global, penularan wabak itu bermula pada Disember 2019 dan telah menjangkiti lebih 128 juta orang. Lebih 2.8 juta meninggal dunia akibat Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >