KORONAVIRUS
17 kes terkini, tertinggi dalam sehari, pesakit tertua berusia 86 tahun
Mar 17, 2020 | 05:30 AM
LAGI 17 kes Covid-19 dikesan di Singapura, kebanyakannya diimport termasuk dari Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS).
Ini merupakan jumlah kes baru tertinggi yang dikesan dalam satu hari di sini dan menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti virus itu sebanyak 243 orang.