Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

17 premis F&B, 234 individu didenda dek langgar aturan langkah selamat

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 17 premis makanan dan minuman (F&B) dan seramai 234 individu telah didenda kerana melanggar peraturan langkah pengurusan selamat (SMM) baru-baru ini.



Ini termasuk empat cawangan F&B yang diarah tutup sementara, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam kenyataannya semalam.



Menurut MSE, tempat-tempat itu dikenal pasti agensi pemerintah yang melaksanakan usaha pengawasannya yang diperluas di premis F&B, pusat beli-belah dan tempat awam lain bagi memastikan peraturan SMM dipatuhi sempena tempoh perayaan Tahun Baru Cina.



Sebanyak 13 premis F&B masing-masing didenda $1,000 kerana pelanggan didapati duduk secara berkumpulan tanpa mematuhi jarak selamat sejauh semeter.



Pemilik perniagaan itu juga gagal menghalang pelanggan daripada berinteraksi dengan kumpulan pelanggan berasingan, kata MSE.



Empat premis F&B yang diarah tutup sementara ialah Club One Min di pusat beli-belah Concorde; gerai nombor 8 kedai kopi Food Park yang terletak di 69 Bedok South Avenue 3; Jin Jin Eating House di 496 North Bridge Road; dan 200 HCM Food di 200 Joo Chiat Road.



Menurut MSE, Club One Min telah melanggar peraturan SMM buat kali kedua.



"Ia didapati membiarkan perhimpunan melebihi lapan individu, dan menawarkan khidmat pelayan yang berinteraksi dengan pelanggan pada 19 Februari 2021," kata MSE.



Di bawah peraturan Fasa Tiga ini, orang ramai hanya dibolehkan berhimpun dalam kumpulan sehingga lapan orang sahaja.



MSE berkata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah mengeluarkan arahan kepada pengendali Club One Min agar ia ditutup selama 20 hari dari 20 Februari hingga 11 Mac.



Sebelum ini, ia telah diarah tutup dari 20 hingga 29 Disember kerana melakukan kesalahan serupa.



Tiga premis lain pula didapati telah menjual dan membolehkan pelanggan mereka minum arak selepas 10.30 malam dan masing-masing diarah tutup selama 10 hari.



MSE berkata 234 individu pula masing-masing didenda $300 kerana melanggar peraturan SMM pada 13 hingga 14 Februari dan 20 hingga 21 Februari di taman dan pantai setempat yang dikendalikan Lembaga Taman Negara (NParks).



MSE berkata ia menjangka perhimpunan bertambah menjelang penghujung tempoh perayaan Tahun Baru Cina, terutama pada hari ke-15 sambutan itu yang dikenali sebagai chap goh meh. Ia menggesa orang ramai dan pengendali F&B agar terus berwaspada dan mematuhi SMM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >