Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

170 pasangan Jubli Emas dirai

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



SERAMAI 170 pasangan, termasuk pasangan Muslim, yang telah membina mahligai bersama sejak 50 tahun lalu, meraikan perkahwinan mereka dalam satu majlis, semalam.



Majlis Sambutan Perkahwinan Jubli Emas, yang diadakan buat julung-julung kalinya oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), meraikan perkahwinan sivil dan perkahwinan Muslim yang telah berkekalan selama 50 tahun atau lebih.



Sekitar 1,200 tetamu, termasuk pasangan dan keluarga mereka, menyertai acara itu yang diadakan di Istana.



Presiden Halimah Yacob dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee juga hadir dalam majlis itu, yang diadakan dengan sokongan Pejabat Pendaftar Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam Singapura (ROMM).



Puan Halimah berkata sambutan itu bertujuan memberi penghargaan kepada pasangan atas usaha mereka mengekalkan dan memperkukuh perkahwinan selama lima dekad atau lebih.



"Cinta dan komitmen diperlukan bagi perkahwinan kekal kukuh dan bertahan lama.



"Sedang pasangan mengatasi perbezaan antara mereka dan berusaha meluangkan masa dengan satu sama lain, mereka akan dapat mencari kebahagiaan dan kepuasan mendalam dalam perkahwinan mereka," kata beliau.



Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, pasangan tersebut melahirkan lafaz komitmen dan cinta terhadap satu sama lain dan menerima hadiah syiling medalion dan sijil perkahwinan peringatan oleh Puan Halimah.



Antara mereka yang meraikan perkahwinan selama 50 tahun atau lebih di majlis itu ialah mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Ahmad Mattar, 77 tahun, dan isteri, Cik Rugaiyah Shaikh Abubakar Mattar, 69 tahun.



Pasangan itu berkahwin pada 1967.



Seperti hubungan suami isteri lain, Dr Ahmad dan Cik Rugaiyah juga pernah bergaduh dan selisih faham antara satu sama lain.



Namun, menurut Dr Ahmad, pengalaman itulah yang menjadikan perkahwinan mereka lebih menarik dan bermakna.



Dalam mengekalkan perkahwinan yang bahagia, pasangan itu mengamalkan satu formula - iaitu apabila salah faham berlaku, pasangan yang memulakan salah faham itu perlu meminta maaf.



ROM ditubuhkan pada 1961 manakala ROMM pula dibentukkan pada 1968.



Sebanyak 1.2 juta perkahwinan sivil dan perkahwinan Muslim telah didaftar sehingga 2016 sejak dua pejabat pendaftar perkahwinan itu ditubuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >