$175 juta GST dan penalti, berjaya diperolehi semula

Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) memperolehi $175 juta daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penalti lain antara Januari dengan September tahun ini, berikutan audit dan penyiasatan yang dijalankan ke atas lebih 2,000 kes berhubung pengelakan GST.

Iras berkata pada Ahad (13 Oktober) bahawa ia telah memilih beberapa syarikat untuk menjalani audit, dengan menggunakan analisis data untuk mengenal pasti syarikat yang berisiko tidak mematuhi undang-undang dan mengelak daripada membayar cukai.

Dalam satu kenyataan kepada media, agensi itu, yang mengumpulkan cukai negara, berkata terdapat 53 kes yang melibatkan penipuan dan pengelakan GST. Daripada jumlah itu, 20 kes telah dihadapkan ke mahkamah.

Kata Iras: "Setakat ini, 14 kes telah disabit kesalahan, sementara enam kes lagi masih didengarkan di mahkamah.
 
Pada 2018, Iras berjaya memulihkan $195.8 juta daripada pembayaran cukai dan penalti yang dijalankan terhadap 3,145 kes, yang disyaki telah menipu atau mengelak daripada membayar GST, berdasarkan angka yang tersedia kepada umum.

 

Galeri Foto