Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

18 kegiatan belajar sempena bulan Raikan Ilmu

Libat 300 peserta sertai acara antara 2 dengan 13 Oktober lalu
Oct 15, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA bulan Raikan Ilmu anjuran Yayasan Mendaki, sebanyak 18 kegiatan pembelajaran telah dikendalikan oleh lapan syarikat dan agensi.



Dianjurkan antara 2 Oktober dengan 13 Oktober, kegiatan tersebut telah melibatkan lebih 300 peserta.



Antara kegiatan yang mendapat sambutan menggalakkan sepanjang tempoh itu adalah sesi penggembaraan bersama Poppet Ally, Ally di Taman Permainan dan Ally di Perpustakaan, yang diadakan pada 3 dan 9 Oktober.



Lebih 80 peserta telah menyertai kegiatan-kegiatan tersebut, kata Mendaki dalam satu kenyataan semalam.



Siri dwibahasa Kisah Kembara Ally diilhamkan hasil pembelajaran yang dilalui Cik Norlin Samat, dalam kehidupannya.



Siri itu bertujuan menggalak kecelikhurufan pada peringkat awal, mempromosikan dwibahasa dan membantu mengembangkan kemahiran berkomunikasi.



Peserta yang terlibat dalam kegiatan menyanyi, bercerita dan sesi seni dan lukis selama empat acara maya itu dapat memanfaatkan sumber kandungan yang berterusan.



Selain itu, hampir 30 kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun telah menyertai acara STEAM (kegiatan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik) Kide Science oleh Kiddi Bini LLP Ahad lalu.



Program tersebut mendorong kanak-kanak untuk menggunakan pancaindera mereka dan mengembangkan kemahiran dan pemikiran kritikal semasa permainan.



Mengulas mengenai kegiatan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah berkata:



"Saya bangga Poppet dan Kide Science kembali untuk Raikan Ilmu tahun sebagai rakan kongsi.



"Walaupun dengan langkah pengurusan selamat, saya terdorong dengan daya cipta rakan kongsi kami untuk memperbaiki program mereka dan melibatkan anak-anak serta ibu bapa mereka.



"Saya harap lebih banyak keluarga akan memanfaatkan peluang untuk belajar dan menguatkan pertalian keluarga menerusi aktiviti-aktiviti ini, dan meluangkan lebih masa yang bermutu bersama."



Menurutnya, terdapat lebih banyak kegiatan untuk golongan belia bagi separuh kedua bulan ini.



Ia akan memanfaatkan pelbagai cara pembelajaran, mengembangkan kemahiran baru dan belajar daripada karyawan yang telah mencapai kejayaan hidup serta aspirasi kerjaya.



Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Raikan Ilmu oleh Mifsha Kids dan Longkang Adventures sila ke laman www.raikanilmu.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >