TERDAPAT 18 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini (11 Nov), semuanya merupakan kes import.
Kementerian Kesihatan (MOH) berkata kesemua 18 kes itu telah diberi notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Dua daripada kes tersebut merupakan penduduk tetap Singapura dan lagi 14 merupakan pemegang pas kerja.
10 daripada 14 individu tersebut merupakan pekerja pembantu rumah warga asing.