Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

18 tapak masyarakat untuk beri penghormatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

18 tapak masyarakat untuk beri penghormatan

Mar 23, 2015 | 11:26 AM

SEBANYAK 18 tapak masyarakat disediakan di merata Singapura bagi orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada bapa pengasas Encik Lee Kuan Yew.

Empat tapak masyarakat pertama GRC Tanjong Pagar, GRC Ang Mo Kio, GRC East Coast dan GRC Chua Chu Kang akan siap untuk orang ramai memperingati Encik Lee Kuan Yew bermula 10 pagi esok.

Ia terletak di Kelab Masyarakat Tanjong Pagar, pentas utama Ang Mo Kio di Pusat Bandar Ang Mo Kio, ruang terbuka di depan Blok 209 New Upper Changi Road di Pusat Bandar Bedok dan di gelanggang bertentangan Blok 302 Choa Chu Kang Loop.

Lagi 14 tapak masyarakat akan disiapkan bagi orang awam memberi penghormatan terakhir mereka mulai 10 pagi, lusa.

Tapak masyarakat ini akan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam sehingga 29 Mac, iaitu hari upacara pengurusan jenazah negara.

Orang awam boleh melawat tapak-tapak ini bagi menyaksikan tayangan secara langsung upacara pengurusan jenazah negara itu pada 29 Mac nanti.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3