SEBANYAK 1,860 keluarga berpendatan rendah dapat memiliki flat sendiri sepanjang tiga tahu lalu hasil pelbagai Geran Perumahan CPF yang ditawarkan pemerintah.
Mendedahkan itu di Parlimen semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara), Dr Maliki Osman, berkata pemerintah akan terus membina flat dua dan tiga bilik yang boleh dimampui, menawarkan geran perumahan dan membina lebih banyak flat sewa bagi menolong golongan berpendapatan rendah.