Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

187 orang disiasat susuli serbuan di pusat hiburan tanpa lesen

Jan 28, 2022 | 08:58 PM



POLIS sedang menyiasat 187 orang menyusuli pemeriksaan penguatkuasaan serata pulau ke atas 103 cawangan pusat hiburan awam dan hiburan malam yang dikendalikan antara 12 Disember 2021 dan 23 Januari 2022.



Operator 16 cawangan pusat hiburan awam dan cawangan hiburan malam didapati melanggar beberapa peraturan di bawah Akta Hiburan Awam, Akta Kawalan Arak (Bekalan dan Minuman) 2015 serta Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.



Mereka yang disiasat terdiri daripada operator, kakitangan dan pelanggan. Siasatan polis sedang diteruskan.



Polis berkongsi tiga kes serbuan dalam tempoh operasi.



Yang pertama berlaku pada 18 Disember. Pegawai polis daripada Divisyen Polis Bedok menyerbu pejabat dan bangunan perusahaan di Lorong 23 Geylang dan mendapati 37 lelaki dan 12 wanita antara usia 21 hingga 42 tahun berhimpun di cawangan KTV yang tidak berlesen.



Terdapat bilik privet dalam unit itu yang setiap satu dilengkapi sistem karaoke, alat pembesar suara dan mikrofon. Alkohol juga disediakan buat pelanggan.



Dalam serbuan itu, salah seorang pelanggan, lelaki 37 tahun, dikatakan telah menggunakan perkataan kesat terhadap polis dan diberkas.



Dua lagi lelaki yang berusia 29 dan 32 tahun dikenal pasti sebagai operator unit itu dan ditangkap kerana membekalkan arak tanpa lesen, melanggar undang-undang Covid-19 dan bekerja tanpa permit.



Polis juga memberkas dua wanita Vietnam berusia 22 dan 28 tahun yang dikatakan menyediakan khidmat pelayan di unit itu.



Lebihan pelanggan lain pula disiasat kerana menjadi sebahagian perhimpunan sosial yang melebihi had lima orang yang dibenarkan.



Dalam satu lagi serbuan pada 31 Disember, pegawai daripada divisyen yang sama menyerbu unit rumah kedai sekitar Geylang Road yang juga digunakan sebagai cawangan KTV tanpa lesen.



Pegawai polis itu menemui 21 lelaki dan 19 wanita, berusia antara 27 hingga 63 tahun di premis itu.



Operator yang didakwa - dua lelaki dan dua wanita, berusia antara 27 dan 44 tahun - diberkas sementara pelanggan lain pula disiasat kerana melanggar langkah pengurusan selamat Covid-19.



Dalam kejadian terakhir yang diketengahkan polis, pegawai daripada Divisyen Polis Central menyerbu unit kediaman privet sekitar Beng Wan Road di Bendemeer pada 7 Januari, di mana tujuh lelaki dan tiga wanita berhimpun untuk makan dan menyanyi.



Lelaki 28 tahun yang dikenal pasti sebagai pemilik unit itu dikatakan menggunakan premis tersebut sebagai tempat mengendalikan operasi penjualan makanan dan minuman komersial sambil menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang diperlukan.



Makanan yang disediakan dipercayai disiapkan kakitangan yang digajikan. Ia dijual sebagai sebahagian pakej makan malam privet bersama penyediaan alat karaoke.



Polis berkata mereka akan terus mengendalikan pemeriksaan penguatkuasaan tetap untuk mengawal ketat kegiatan haram.



"Anggota awam dan perniagaan dinasihati agar mengambil langkah pengurusan selamat yang ada kini secara serius," jelas polis



Hukuman maksimum bagi mereka yang melanggar langkah pengurusan selamat Covid-19 adalah penjara enam bulan dan denda $10,000. Mereka yang menjual arak dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen boleh didenda hingga $20,000 bagi setiap kesalahan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >