Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR PELAN KERJA JAGAAN MASYARAKAT AIC

$18j bakal disalurkan bagi rancangan transformasi digital jagaan masyarakat

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR $18 juta akan disalurkan kepada sektor penjagaan masyarakat Singapura untuk memacu usaha pendigitalan melalui inisiatif baru yang dikenali Pelan Transformasi Digital Penjagaan Masyarakat.



Demikian diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Seminar Rancangan Kerja Penjagaan Masyarakat tahunan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) yang diadakan secara hibrid di Pan Pacific Singapura, semalam.



AIC telah ditubuhkan oleh pemerintah untuk menyelaras perkhidmatan penjagaan warga emas.



Pelan Transformasi Digital Penjagaan Masyarakat bertujuan meningkatkan tahap pendigitalan, meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja dalam organisasi penjagaan masyarakat.



Usaha ini termasuk pengenalan teknologi digital, membina keupayaan digital untuk meningkatkan keberkesanan organisasi dan penyampaian perkhidmatan, kata AIC dalam satu kenyataan.



Pelan transformasi ini menawarkan pertubuhan penjagaan masyarakat set komprehensif huraian digital yang jimat kos dan disokong oleh vendor yang boleh dipercayai.



Badan-badan ini juga boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan untuk membimbing mereka dalam memanfaatkan teknologi, serta pelbagai program latihan untuk pengurusan dan kakitangan, kata AIC.



"AIC dan Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyelaraskan lebih banyak sokongan kepada sektor penjagaan masyarakat bagi membolehkan lebih banyak pertubuhan penjagaan masyarakat memajukan usaha pendigitalan mereka," kata kenyataan itu.



Untuk terus meningkatkan produktiviti, projek yang menggabungkan penggunaan teknologi, reka bentuk infrastruktur dan pembaikan proses sedang dijalankan di rumah kejururawatan terpilih.



Projek-projek ini disokong AIC, dengan kerjasama MOH dan MOH Holdings.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >