Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

19 diberkas disyaki terlibat kes penipuan kerja

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



POLIS telah menahan seramai 16 lelaki dan tiga wanita, yang berusia antara 18 dengan 35 tahun, kerana disyaki terlibat dalam penipuan pekerjaan serupa skim Ponzi dengan syarikat palsu.



Pasukan Polis Singapura (SPF) melakukan operasi penguatkuasaan antipenipuan di seluruh negara Isnin dan Selasa lalu setelah menerima beberapa laporan mengenai pesanan WhatsApp, catatan Facebook dan Instagram serta iklan dalam talian yang mempromosikan pekerjaan sambilan dengan bayaran tinggi berkaitan dengan pemasaran gabungan.



Dalam penipuan tersebut, mangsa akan ditawarkan pekerjaan dalam talian palsu yang melibatkan tugas mudah seperti mengikuti akaun media sosial dan menekan tanda 'suka' atau 'like' pada catatan media sosial bagi meluaskan pendekatan.



Mereka diberitahu bahawa untuk mendapatkan komisen, mereka harus mendaftar untuk mendapatkan keanggotaan percuma bagi laman web dan aplikasi mudah alih tertentu.



Setelah mendaftar, mereka kemudian akan ditawarkan pakej keanggotaan yang berbeza, mulai daripada harga $10 hingga beberapa ribu dolar, dengan jumlah komisen yang dibayar untuk setiap tugas.



Mereka akan diberitahu supaya membayar yuran melalui mata wang kripto atau pindahan bank kepada individu yang tidak dikenali sebelum mereka dapat memulakan tugas untuk mendapatkan komisen.



Dalam kebanyakan kes, mangsa akan diyakinkan bahawa pekerjaan itu adalah sah, kerana mereka akan menerima komisen pada tahap awal keanggotaan mereka.



Mereka akan menyedari bahawa mereka telah ditipu hanya setelah mereka tidak menerima komisen lebih lanjut atau tidak dapat membuat pengeluaran dari akaun anggota mereka.



Siasatan awal menunjukkan syarikat palsu itu didakwa menjalankan skim serupa Ponzi di mana wang pencari kerja baru digunakan untuk membayar komisen yang dijanjikan kepada pekerja sedia ada, kata polis dalam satu kenyataan.



Seramai 19 orang yang ditangkap itu dipercayai telah menyertai penipuan tersebut dengan membuka akaun bank korporat dan peribadi, mengiklan bagi merekrut calon pencari kerja sambilan, dan secara palsu mendaftar dan membekalkan talian telefon bimbit.



Sebahagian daripada mereka juga dipercayai menyewakan akaun bank mereka kepada penipu.



Siasatan polis sedang dijalankan.



Kesalahan menipu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, sementara kesalahan menerima harta curian membawa hukuman penjara hingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya.



Pengubahan wang haram membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000, atau kedua-duanya.



"Polis ingin mengingatkan pencari kerja agar berhati-hati dengan iklan pekerjaan yang menjanjikan kemudahan bekerja dari rumah dan dibayar gaji tinggi untuk tugas yang agak sederhana.



"Perniagaan yang sah tidak akan memerlukan pencari kerja menggunakan akaun bank mereka sendiri untuk menerima wang bagi pihak perniagaan atau membuat pembayaran dahulu sebelum mendapatkan tawaran pekerjaan dan mendapatkan komisen," kata polis kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >