19 kes baru Covid-19 di S'pura; 18 import, 1 dalam masyarakat
SINGAPURA mencatatkan 19 kes baru Covid-19 sehingga tengah hari Khamis (4 Mac).
Ia melibatkan 18 kes import dan satu kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.
Kesemua kes import telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar rumah setiba mereka di Singapura, kata MOH.
Bilangan kes jangkitan baru ini menjadikan jumlah kes jangkitan setempat secara keseluruhan mencecah 59,990 kes.