SATU kes jangkitan Covid-19 yang tiada kaitan melibatkan seorang pekerja pembersih yang bertugas di Clementi Avenue 4 dengan syarikat AO ServicePro Pte Ltd.
Lelaki warga Singapura berusia 79 tahun itu merupakan salah satu dari 19 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 yang dilaporkan hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) lelaki berkenaan mengalami selesema pada 12 Jun dan cirit-birit dan muntah pada keesokan hari dan berjumpa doktor pada hari yang sama.
Kedua-dua keputusan ujian pantas antigen (ART) dan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) didapati positif Covid-19.
Beliau telah mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 nya pada 5 Jun lalu.
Sementara itu, seorang lelaki warga India berusia 26 tahun yang bekerja sebagai juruelektrik di GT ENGRG Pte Ltd dan menetap di dormitori Westlite Juniper di 23 Mandai Estate didapati positif Covid-19.
Beliau merupakan kontak dekat dengan kes 64184 dan sudah dikuarantin pada 12 Jun lalu.
Beliau sudah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 nya pada 3 April dan 24 April.
Terdapat lagi enam kes import, kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), kata MOH.
Bagi kes import hari ini, seorang merupakan warga Singapura dan dua merupakan penduduk tetap Singapura yang pulang dari Bangladesh dan India.
Lagi tiga tiba di sini dari Filipina, Malaysia dan Indonesia.