TERDAPAT 24 kes baru Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk 19 kes dalam masyarakat.
Dalam kalangan kes masyarakat, 16 didapati berkaitan dengan kes lalu, di mana 10 antaranya telah dikuarantin dan enam dikesan menerusi pantauan Kementerian Kesihatan (MOH).
Baki tiga kes tidak berkait dengan kes-kes sebelum ini.
Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja migran, menurut MOH dalam kenyataannya semalam.
Antara kes dilaporkan termasuk lima kes import - dua antara mereka warga Singapura atau Penduduk Tetap - yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kini 62,339.