Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

191 unit teres di Lorong 3 Geylang kembali kepada pemerintah lepas tamat pajakan

Jan 01, 2021 | 03:02 PM



KESEMUA 191 unit rumah teres di Lorong 3 Geylang, di tapak yang telah diperuntuk bagi perumahan awam masa depan, telah dikosongkan setelah pajakannya tamat pada 31 Disember 2020.



Pemilikan tapak itu juga telah dikembalikan kepada pemerintah, kata Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (1 Januari).



SLA telah sebelum ini mengumumkan pada Jun 2017 bahawa tapak tersebut akan kembali kepada pemerintah apabila tempoh pajakannya tamat pada 31 Disember.



Daripada 191 unit tersebut, sebanyak 40 unit didiami oleh pemiliknya, sebanyak 16 unit digunakan bagi kegiatan keagamaan, dan sebanyak 135 unit digunakan sebagai tempat penginapan pekerja asing.



Pihak SLA berkata ia telah bekerjasama dengan pelbagai pihak relevan untuk membantu penduduk mendapatkan tempat baru.



Dalam kenyataan itu, SLA berkata pemerintah mempertimbangkan pelbagai keperluan nasional, sosial dan ekonomi dalam membuat keputusan perancangan tanah dan rancangan pembangunan semula.



“Pulangnya tanah pegangan pajakan kepada negara setelah pajakannya tamat membolehkan tanah itu diberi nafas baru untuk memenuhi pelbagai keperluan warga Singapura.



“Tapak Lorong 3 Geylang itu dirancang bagi sebuah pembangunan perumahan baru sebagai sebahagian rancangan untuk memperbaharui Kallang,” kata SLA.



Penguasa itu berkata ia akan mengepung tempat itu dan mempersiapkan tapak tersebut bagi pembangunan semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >