Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

1,920 keluarga terima habuan Ramadan

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 1,920 keluarga telah meraih manfaat daripada acara-acara pendekatan masyarakat Persatuan Muhammadiyah sempena bulan Ramadan ini.



Ini termasuk 900 keluarga di kawasan Bukit Batok yang telah menerima agihan kurma, bubur dan bahan dapur pada 9, 16 dan 23 April lalu.



Dinamakan Ramadan Drive 2022, ia merupakan usaha sama Persatuan Muhammadiyah dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Bukit Batok untuk membantu golongan kurang berkemampuan sepanjang bulan puasa.



Selain itu, sekitar 700 keluarga juga telah menerima agihan makanan sihat dan baucar keperluan dapur sehari sebelum Ramadan bagi membolehkan mereka membuat persiapan bulan puasa.



Sepanjang bulan ini juga, Muhammadiyah telah mengagihkan makanan berbuka puasa kepada 50 keluarga setiap Rabu.



Sekitar 15 sukarelawan membantu menghantar makanan panas ke rumah penerima setiap minggu sebagai sebahagian daripada inisiatif tahunan Tengah Gives Back yang diadakan buat kali kelima tahun ini.



Acara tersebut dianjurkan oleh anggota Zon Tengah Persatuan Muhammadiyah.



Menurut persatuan tersebut, aplikasi dalam talian, Muslim Pro telah mengambil bahagian dalam usaha amal itu dengan menaja 210 juadah berbuka puasa pada 6 April lalu.



Dalam pada itu, Persatuan Muhammadiyah juga telah menganjurkan pelbagai program keagamaan sepanjang Ramadan.



Ini termasuk tazkirah harian dan ceramah mingguan yang distrim secara langsung melalui Facebook dan Youtube persatuan itu.



"Bertemakan 'Menghayati Keindahan Bersujud kepada Tuhan'... Persatuan Muhammadiyah mengharapkan agar tazkirah harian dan ceramah mingguan yang diadakan semasa Ramadan ini dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat Islam kita bahawa tidak kira apa pun keadaan yang kita hadapi, kita harus tetap cekal dan tabah dalam mengharungi ujian dan terus bersabar dalam menghayati keindahan sujud kepada Tuhan dengan penuh ketekunan dan pengharapan demi memperoleh rahmat daripada Allah s.w.t," kata jurucakap persatuan itu.



Muhammadiyah juga akan mengagihkan zakat yang diterima kepada semua lapan asnaf melalui program-program dan khidmat Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan mereka.



Setiap tahun, usaha bersama itu dapat memberi manfaat kepada lebih daripada 15,000 individu secara purata, menurut persatuan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >