Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

$1j diderma beberapa jam lepas RLAF lancar bantuan kemanusiaan Gaza

Sheng Siong sumbang $200,000 untuk 'balas budi masyarakat dan bantu rakyat Palestin'
May 23, 2021 | 05:30 AM



LEBIH $1 juta diderma bagi membantu rakyat Palestin di Gaza melalui dana bantuan kemanusiaan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) hingga 2.15 petang semalam - hanya sekitar 14 jam sejak pelancaran dana itu kelmarin.



Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan mengenai usaha pengumpulan derma itu oleh RLAF dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA).



Antara penderma kepada bantuan kemanusiaan itu ialah pasar raya Sheng Siong, yang menderma $200,000.



Derma tersebut disampaikan dalam bentuk sekeping cek oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sheng Siong, Encik Lim Hock Kee, kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, dalam satu majlis di Masjid Yusof Ishak semalam.



Turut hadir sewaktu majlis pentampaian cek itu ialah Duta Tidak Bermastautin Singapura ke Penguasa Palestin dan Ghana, Encik Hawazi Daipi, yang juga mantan setiausaha parliamen kanan, dan CEO Muis, Encik Esa Masood.



Ketika diwawancara media, Encik Lim berkata pihaknya akan terus berusaha membantu demi kebajikan masyarakat.



".... sumbangan ini adalah untuk kami membalas budi (masyarakat) dan membantu rakyat Palestin," ujarnya.



Sementara itu, Encik Muhammad Faizal memuji masyarakat Singapura kerana memberi sambutan baik kepada usaha pengumpulan derma itu, dan berkata ia menunjukkan sifat ihsan dan sokongan kuat mereka kepada usaha bantuan kemanusiaan.



Beliau menambah bahawa pihaknya sedar ramai orang di Singapura mengambil berat tentang keadaan yang dialami rakyat Palestin, terutamanya isu pelarian.



"Ini merupakan satu isu yang penting (bagi kita) kerana kita hidup dalam baik dan hamoni dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura, tapi keadaan berbeza di Palestin.



"Jadi ini (dana bantuan kemanusiaan RLAF) adalah salah satu wadah untuk warga di sini menunjukkan keprihatinan dan keihsanan mereka untuk membantu dan menyokong rakyat Palestin yang sedang sengsara," kata Encik Muhammad Faizal.



Beliau berkata pertempuran yang berlaku di Gaza baru-baru ini menjejas masyarakat di ssama yang kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan.



RLAF bersama UNRWA menganjurkan usaha pengumpulan derma itu untuk menawarkan pertolongan dari segi perkhidmatan kesihatan dan sosial serta keperluan asas kepada mereka yang terjejas.



Pengumpulan dana itu dijalankan hingga 30 Mei.



Orang ramai boleh menderma menerusi pelbagai wadah dalam talian menerusi laman www.rlafoundation.org.sg/aidforgaza dan Giving.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >