SYARIKAT pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang terpalit skandal pelaburan hartanah dan pembelian aset sampai menanggung hutang RM42 bilion ($14.5 bilion) sehingga Mac tahun lalu, dijangka dapat menyelesaikan sebahagian besar hutang itu dalam tiga minggu ini. Ini membebaskannya daripada hutang jangka pendek dan pinjaman bank.
Menurut Presiden 1MDB, Encik Arul Kanda Kandasamy, ia akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion dalam bank selepas melunaskan hutang.