Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 anugerah baru galak lebih banyak masjid sertai JKJU

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Penggalak Kesihatan (HPB) mahu melibatkan lebih ramai rakan kongsi dan masjid untuk memperkenal program menggalak gaya hidup sihat di bawah inisiatif 'Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU)'.



Dalam satu kenyataannya semalam, HPB berkata ia bermatlamat melibatkan 34 masjid dalam inisiatif JKJU dan mendekati 22,000 jemaah tahun ini.



HPB tidak dapat memberi perincian selanjutnya apabila Berita Harian bertanya mengenai jumlah penyertaan tahun ini sejauh ini.



Inisiatif menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam menerusi kerjasama masjid dan HPB itu berjaya melibatkan 32 masjid dan lebih 38,500 jemaah pada 2019 dan 2020.



Demi menggalak lebih banyak masjid menyertai inisiatif itu, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, semalam mengumumkan dua kategori anugerah baru JKJU yang akan diperkenal tahun depan bagi masjid.



Pertama ialah Anugerah Penyokong Kesihatan, yang mengiktiraf individu yang merancang dan menggalak kegiatan gaya hidup sihat di masjid.



Kedua, Anugerah Rakan Kongsi Kesihatan yang mengiktiraf rakan kerjasama masyarakat serta komersial yang bekerjasama dengan HPB untuk menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Melayu.



Cik Rahayu berkata pengiktirafan seperti itu akan menggalak sedikit persaingan sihat antara masjid dan meningkatkan pelibatan mereka dalam usaha JKJU.



"Memandangkan masjid institusi amat dekat di hati masyarakat Melayu/Islam, mereka memainkan peranan penting untuk menggalak masyarakat kita menjalankan aktiviti-aktiviti sihat," kata Cik Rahayu kepada media semasa ditemui selepas majlis penyampaian anugerah masjid JKJU paling aktif semalam.



"Kita mahu lihat masyarakat kita makan secara lebih sihat, mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan mengurangkan tabiat merokok. Ini adalah isu-isu dalam masyarakat kita dan kita mahu lihat lebih ramai juga lebih kerap menjalani pemeriksaan kesihatan," tambahnya.



Salah sebuah masjid yang baru menyertai inisiatif itu dan diiktiraf antara tiga masjid paling aktif bagi 2020 ialah Masjid Alkaff Upper Serangoon, yang sebelum menyertai JKJU mengadakan sesi senaman bagi kaum Hawa secara rambang.



"Selepas kami menyertai inisiatif ini tahun lalu, kegiatan yang kami adakan lebih teratur dan sistematik," kata Pengerusi Eksekutif masjid itu, Encik Kassim Kamis.



"Masjid memainkan peranan penting kerana ada jemaah, terutama Muslimah, yang berkata mereka segan menyertai aktiviti di kelab masyarakat sebab ia lebih terbuka, manakala di masjid sesi-sesi itu dianjurkan khusus bagi mereka," ujar beliau.



Sebagai contoh, masjid itu mengadakan sesi senaman aerobik ringan setiap pagi Ahad bagi hingga 100 peserta di bumbung masjid tersebut di tingkat tiga.



Ia juga merancang mengadakan seminar kesihatan mental atau pertunjukkan masakan sihat.



Encik Kassim berkata pihaknya juga membuka peluang itu kepada masyarakat berbilang bangsa Potong Pasir, tetapi dengan mengadakan sesi khusus bagi kaum wanita dan lelaki berasingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >