Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 beradik buka butik di tengah pandemik

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



BERMULA dalam talian, namun kini sudah ada kedai sendiri di kawasan Arab Street.



Pasangan adik-beradik, Cik Nurulhuda Onan dan kakaknya Khairiah, 47 tahun, mampu mengembangkan perniagaan mereka walaupun banyak syarikat terpaksa gulung tikar dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini.



"Sememangnya tidak terlintas untuk kami mempunyai dan memulakan perniagaan fizikal di waktu pandemik ini, atau kira-kira tiga bulan yang lalu, ketika Fasa Dua masih berkuat kuasa lagi.



"Ketika kami sedang mencari ruang untuk menyimpan stok, kebetulan seorang kenalan kami juga ingin menyewakan sebahagian daripada kedai mereka kepada kami. Maka, dari situlah bermulanya perniagaan fizikal ini," kata Cik Nurulhuda.



Butik mereka yang diberi nama, Al-Akhawat Boutique bermaksud saudariku dalam bahasa Arab, menyediakan busana, tudung serta aksesori dan keperluan bagi wanita.



Kedai yang terletak di tingkat dua, di 739 North Bridge Road itu juga masih juga meneruskan penjualan dalam talian.



Perniagaan di alam maya itu diasaskan sejak tiga tahun lalu, manakala kedai fizikal mereka pula mula beroperasi pada Oktober lalu.



Menurut Cik Nurulhuda, 40 tahun, perniagaan Al-Akhawat itu tercetus kerana selain ingin mendekati pelanggan dengan menyediakan pelbagai barangan dengan harga berpatutan, fesyen busana di sana turut menawarkan koleksi khusus bagi mereka yang berbadan besar dan gempal, atau juga dikenali sebagai plus-size. Saiz pakaian yang ditawarkan bermula dari M hingga ke 4XL.



Secara rambang, mereka perlu mengetepikan $5,000 sebulan, ini termasuk bayaran bagi sewa bulanan dan kos operasi.



Walaupun pernah berura-ura untuk memiliki kedai sendiri lebih awal dari ini, namun kerana tuntutan pekerjaan, perkara tersebut terpaksa ditangguhkan dulu.



"Bukan itu sahaja, setelah berlakunya rombakan di tempat kerja kami, kami hilang pekerjaan sekali gus mata pencarian juga.



"Jadinya, kedai di Arab Street inilah kini menjadi tumpuan utama kami sekarang. Malah jualan di dalam talian juga masih kami kekalkan sehingga ke hari ini," ujar Cik Nurulhuda, ibu kepada lima orang anak berusia di antara 14 dengan dua tahun.



Walaupun akur banyak cabaran yang perlu dihadapi ketika menjalankan perniagaan, namun dua beradik itu yakin dapat menghadapinya dengan optimis dan tabah.



Mentelah lagi, kedua orang tua mereka pernah terlibat dalam perniagaan makanan ketika mereka masih kecil dahulu.



Cik Nurulhuda juga berpendapat, meskipun banyak persaingan yang perlu dihadapi, serta peraturan lain yang perlu diikuti seperti mengamalkan jarak sosial, namun semuanya itu dapat diatasi, dengan sokongan pelanggan serta keluarga mereka sendiri.



Selain itu, wadah di media sosial juga telah menjadi satu keperluan dan jentera demi kesinambungan perniagaan mereka.



"Memandangkan kedai kami di lantai dua, jadi agak payah untuk mengharapkan kehadiran 'walk-in customers' (pelanggan kedai) sahaja.



"Jadi, kami perlu terus menggunakan wadah online untuk terus menguar-uarkan perniagaan ini.



"Pelanggan juga banyak memberikan sokongan, dan ada juga yang sanggup memberikan bantuan dalam promosi 'berbelanja sambil beramal' yang kami adakan walaupun ketika Covid-19 ini.



'Selain itu, kegigihan dan semangat kedua ibu bapa kami yang pernah berniaga dulu, dan tidak pernah berputus asa walau dalam apa-apa situasi pun, membuat kami teruja. Inilah telah membuatkan kami benar-benar kagum, dan ingin mencontohi mereka berdua," tambah Cik Nurulhuda.



Beliau berharap untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan mereka dengan menawarkan pakaian untuk kaum Adam pula. Selain itu, beliau turut berhasrat ingin membuka sebuah kafe di masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >